MENAMBAH KERANCAKAN FENOMENA MUZIK POPULAR!
Secara Langsung di Malaysia Ogos ini!
Persembahan sensasi “High School Musical” kini mencapai tahap baru bersama Disney’s High School Musical: The Ice Tour. Persembahan hebat ini akan meluncur ke Malaysia pada bulan Ogos ini, selepas persembahan yang mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat, Eropah dan Australia.
Persembahan ais tersebut ini menampilkan gabungan lagu, tarian dan keseronokan semangat berkumpulan secara langsung bagi meraikan muzik filem Disney Channel asal yang memenangi Anugerah Emmy, dan sambungannya “High School Musical 2”. Disney’s High School Musical: The Ice Tour diterbitkan oleh Feld Entertainment dan Kenny Ortega serta dipentaskan dengan kerjasama Disney Theatrical Productions.
Thomas Schumacher, Presiden Disney Theatrical Productions berkata, “High School Musical mendapat sambutan hangat di hampir semua bidang spektrum hiburan dari televisyen dan hiburan di rumah kepada runut bunyi, dan persembahan konsert secara langsung. Persembahan ais ini meraikan kemeriahan dan muzik dengan cara baru dan menarik. Feld Entertainment adalah pakar yang begitu dihormati dalam bidangnya, dan kami bekerja dengan akrab bersama mereka dan pencipta asal filem ini bagi menghasilkan pengalaman yang menakjubkan buat para penonton semua peringkat umur.”
Kenneth Feld, Pengarah yang pernah meraih Anugerah Tony, berkata, ”Kami membawa bersama pasukan impian kreatif yang bakal memberikan penerbitan hebat yang meraikan detik-detik asal dari filem di persembahan ais luar biasa yang bakal memenuhkan pentas dengan cahaya, muzik, tarian dan jiwa. Kenny Ortega menyemarakkan produksi ini dengan kepintarannya dan kami teruja dapat bekerjasama dengannya.”
Lawatan persembahan global ini telah dipentaskan di lebih 100 buah bandar pada 2007, termasuk tayangan perdana seluruh dunia di Madison Square Garden, Amerika Syarikat dan ke bandar-bandar di Eropah, Kanada, Mexico dan Australia. Selain Malaysia, lawatan persembahan ini turut dipentaskan di Manila dan Singapura. Malaysia adalah persinggahan terakhirnya di Asia.
“Lawatan persembahan ais ini adalah satu-satunya gabungan secara langsung lagu, tarian dan keseronokan berkumpulan yang diinspirasikan oleh filem asal Disney Channel, High School Musical dan High School Musical 2. Jadi, ini adalah cara yang menarik buat peminat di Malaysia untuk menikmati pertunjukan ini di tahap yang baru dan menarik, di samping memperkenalkan muzik dan keajaiban pementasan ini kepada penonton baru,” jelas Kenneth Teo, Pengurus Besar Big Events Sdn Bhd, subsidiari Media Prima Bhd dan penganjur bagi High School Musical: The Ice Tour di Malaysia.
“Pertunjukan ini dihasilkan oleh pasukan impian yang berjaya mencipta pementasan yang meraikan detik-detik dalam filem di pertunjukan ais yang bakal memenuhi stadium dengan cahaya, muzik, tarian dan kerancakan. Penonton boleh menjangkakan dapat menikmati keseronokan yang menakjubkan sepanjang ekstravaganza 90 minit itu,” tambah Teo di sidang akhbar di Hotel Equatorial Kuala Lumpur hari ini.
Effendy Shahul Hamid, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, CIMB Group menjelaskan bahawa pihaknya komited untuk membawakan persembahan bertaraf dunia untuk dinikmati oleh masyarakat Malaysia. Kami berbesar hati dapat menjadi penaja utama satu lagi penerbitan sensasi dari Disney ,”High School Musical : The Ice Tour.” The High School Musical : The Ice Tour adalah persembahan popular yang dapat menarik minat kanak-kanak di seluruh dunia terhadap seni pentas. Kami amat berbesar hati dapat dikaitkan dengan pembawaan pementasan ini ke Malaysia.
“Feld Entertainment begitu teruja untuk membawakan High School Musical: The Ice Tour ke Malaysia. Gubahan muzik, tarian, kostum, reka bentuk set dan pertunjukan bunga apinya benar-benar mengagumkan. Semua unsur dalam pementasan ini berpadu dan menghasilkan persembahan hebat yang begitu bertenaga dan beremosi. Mesej positif yang terangkum dalam jalan ceritanya memberi inspirasi. Para peminat High School Musical pastinya TIDAK akan hampa,” jelas Eric Gravelle, Pengarah Pemasaran SEA, Feld Entertainment.
“High School Musical: The Ice Tour mencapi kejayaan yang luar biasa semasa lawatan persembahan dunianya yang pertama. Peminat setianya telah lama menanti peluang menyaksikan persembahan luar biasa ini di atas ais. Malaysia bakal menyaksikan apa yang diheboh-hebohkan selama ini. Gabungan muzik tulen dan gerak tari yang digandingkan dengan luncur ais berkelajuan tinggi selama 90 minit adalah hiburan tanpa henti buat seluruh keluarga. Bersedialah untuk menggegarkan gelanggang ais!” Tambah Gravelle lagi.
Pasukan kreatif dari Feld Entertainment yang pernah meraih anugerah ini dianggotai beberapa orang bakat utama yang terlibat dengan filem dan lawatan persembahan konsert “High School Musical” asal:
o Kenny Ortega (Penerbit) pengarah dan koreografer penyandang anugerah Emmy®, Disney’s High School Musical, High School Musical 2, 2002 Winter Olympics Opening Ceremonies, Dirty Dancing, Ferris Bueller’s Day Off
o Jeff Calhoun (Pengarah) pengarah yang mendapat pencalonan Anugerah Tony®, Brooklyn the Musical, Grease, Annie Get Your Gun dan penerbitan Big River dari Deaf West serta penerbitan Theatre of the Stars’ bagi "High School Musical" di Atlanta
o Peter Barsocchini (Penulis) Disney’s High School Musical, Disney’s High School Musical 2, Drop Zone, The Merv Griffin Show
o Jeremy Railton (Pereka Bentuk Penerbitan) pereka yang memenangi Anugerah Emmy® Award-winning, 2002 Winter Olympics Opening and Closing Ceremonies, Billboard Music Award, Miss Universe / Miss USA Beauty Pageant
o Patrick Woodroffe (Pereka Bentuk Cahaya) the Rolling Stones, Elton John, Genesis, Bob Dylan dan High School Musical: The Concert
o Erin “Topaz” Lareau (Pereka Kostum) pereka yang merangkul Anugerah Emmy®, Disney’s High School Musical: The Concert, Benise: Nights of Fire, Gwyneth Paltrow, John Mayer, Brad Pitt
o Charles Klapow (Koreografer) koreografer penyandang Anugerah Emmy®, Disney’s High School Musical, Disney’s High School Musical 2, Cheetah Girls 2
o Cindy Stuart (Koreografer Luncur) Disney On Ice, Olympic Gold Medalists Jamie Sale and David Pelletier, Six-time Canadian National Champion Jennifer Robinson, Stars On Ice with Olympic Gold Medalist Christopher Dean, Co-Choreographer with Olympic Gold Medalist Robin Cousins
“Kami mengambil beberapa orang peluncur ais paling berbakat di dunia bagi menjayakan watak Troy, Gabriella, Ryan, Sharpay, Chad dan Taylor dalam East High School’,” kata Nicole Feld. Mereka bakal memeriahkan nada yang diminati ramai dan koreografi unik dalam persembahan ais ini. Dengan tarian yang berlantaikan ais, acara ini bakal menjadi kegemaran peminat.”
Disney’s High School Musical: The Ice Tour menampilkan lagu-lagu popular dari “High School Musical”, termasuk “We’re All in This Together,” “Get’cha Head in the Game,” “Start of Something New,” “Stick to the Status Quo,” disertai muzik dari “High School Musical 2.” seperti “What Time Is It,” “Gotta Go My Own Way” dan “You Are The Music In Me”.
Rich Ross, Presiden, Disney Channel Worldwide, menyatakan, "Kami amat berbangga kerana dapat memperkenalkan ‘High School Musical’ ke seluruh dunia dan menyaksikan popularitinya semakin meningkat dalam pelbagai cara. Lawatan persembahan ais ini adalah kaedah yang menakjubkan untuk memberi pengalaman menarik buat jutaan peminat di seluruh dunia di samping memperkenalkan muzik dan tariannya kepada penonton baru.”
Tayangan perdana "High School Musical," filem Original Disney Channel yang meraih Anugerah Emmy, ditayangkan pada Januari 2006 di A.S. dan sepanjang tahun tersebut, ianya juga di 25 saluran Disney dan penyiar siaran percuma, disiarkan di lebih 100 buah negara dengan lebih 100 juta penonton di seluruh dunia. Di A.S., album runut bunyinya merupakan album #1 tahunan pada tahun 2006 dan memecahkan rekod carta Billboard di mana sembilan lagu originalnya, buat pertama kalinya dalam sejarah menjadi "Hot 100." Ia menjadi filem TV DVD #1 bagi tahun itu di mana sebanyak 7.2 juta unit terjual di seluruh dunia. Ia juga turut memenangi dua Anugerah Emmy pada tahun 2006 bagi kategori Outstanding Children’s Program dan Outstanding Choreography. Di Singapura, High School Musical dan High School Musical 2 merupakan program paling banyak ditonton di semua kalangan demografi penonton.
Selain dari kejayaan tersebut, “High School Musical” turut mendapat tempat sebagai buku #1 terlaris New York Times di mana “High School Musical – The Novel,”, yang terjual lebih 1.2 juta naskhah. “High School Musical” juga merupakan filem TV pertama yang ditawarkan di iTunes Music Store. Persembahan bertema “High School Musical” turut terbukti popular di Taman Tema dan Resort Disney termasuk Disneyland Resort di Anaheim, Walt Disney World Resort di Florida, Disneyland Paris dan Disneyland Hong Kong.
No comments:
Post a Comment